Wednesday, September 28, 2011

Kata-kata menarik : "Jika PAS berkata bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sebagaimana kehendak DAP, maka sahlah tuduhan Umno bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP. (Baca seterusnya…)


Salam semua ®…
Semua mata tertumpu kepada Pejabat Agung PAS malam ini iaitu tempat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuaratnya.

Walaupun tidak ada panggilan untuk sidang akhbar, adalah dijangka wakil media akan memenuhi perkarangan bangunan PAS itu bagi mendapatkan keputusan mesyuarat yang bakal menentukan hala tuju politik Malaysia selepas ini.

Harakahdaily difahamkan, pimpinan tertinggi PAS, PKR dan DAP akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan cadangan PAS 'untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah untuk orang Islam dan di Kelantan sahaja.'

Isu ini berbangkit ekoran cabaran bekas Perdana Tun Dr Mahathir Mohamed agar kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud kerana beliau sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.

Kata Dr Mahathir, beliau telah dianggap oleh PAS sebagai penghalang pelaksanaan hudud ekoran surat amaran yang beliau hantar kepada Menteri Besar Kelantan yang melarang kerajaan negeri Kelantan melaksanakannya.

Ekoran itu, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan meminta kebenaran daripada PM sekarang, Datuk Seri Najib Razak.

Belum sempat permohonan dibuat, Najib sudah berkata, kerajaan tidak akan membenarkan hudud dilaksanakan di negara ini.

Pengerusi DAP, Karpal Singh juga berkata, hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana berlawanan dengan perlembagaan dan DAP tidak bersetuju dengannya.

Yang menjadi bertambah parah lagi apabila media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, kesemua pimpinan DAP yang ada sekarang akan meletakkan jawatan jika hudud dilaksanakan melalui platform Pakatan.
Walaupun ia laporan yang tidak tepat (kerana apa yang dikatakan beliau adalah kesemua pemimpin DAP akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hudud ada dalam agenda bersama Pakatan iaitu dalam buku Jingga yang telah dikeluarkan), ia telah mengelirukan banyak pihak.

Hubungan PAS dan DAP sebelum ini telah pecah pada tahun 2003 apabila berbangkit isu Negara Islam selepas dokumen negara Islam dikeluarkan PAS.

Selepas satu mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel, DAP memutuskan keluar dari Barisan Alternatif (BA) dengan meninggalkan PAS dan Keadilan.

Ekoran dari perpecahan itu dan isu-isu yang berkaitan dengannya, PAS dan Keadilan ketika itu telah kalah teruk dalam pilihan raya umum 2004 termasuk kehilangan sebuah negeri iaitu Terengganu dan mengekalkan Kelantan dengan majoriti yang kecil (tiga kerusi yang kemudiannya menjadi satu kerusi selepas PAS kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir).
Suasana berbeza

Kini, dengan suasana yang berbeza, isu panas antara PAS dan DAP datang lagi dan pemimpin PAS dan DAP akan bertemu lagi. Isunya adalah pelaksanaan undang-undang jenayah syariah yang termasuk hukum hudud di dalamnya.

Tetapi kali ini, ada PKR di tengah-tengah dengan pengerusi kepada mesyuarat ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hampir semua pemimpin kanan ketiga-tiga parti akan hadir dalam mesyuarat yang bermula jam 9 malam ini kecuali Tuan Guru Nik Aziz yang tidak dapat hadir (mungkin keberatan untuk memberikan kebebasan perbincangan).

Bagi penganalisis politik, Profesor Bridget Welsh, hudud bukan isu utama rakyat negara ini sekarang kerana isu utamanya adalah isu ekonomi, isu bagaimana kerajaan BN telah menggunakan duit rakyat untuk mempertahankan kuasa mereka.

Namun, bagi sesetengah pihak dalam PAS, isu ini adalah kebaikan yang datang dalam masalah yang menimpa (blessing in disguise).

Bagi mereka, serangan Umno terhadap PAS kononnya 'PAS adalah kuda tunggangan DAP' akan dibuktikan dalam isu ini.

"Jika PAS berkata bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sebagaimana kehendak DAP, maka sahlah tuduhan Umno bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP.

"Namun, jika PAS, PKR dan DAP dapat mencapai kata sepakat untuk berkata, 'kita benarkan PAS laksanakan undang-undang ini untuk orang Islam sahaja dan di Kelantan sahaja bukan untuk lain-lain negeri', saya yakin halangan untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya tidak ada lagi.

"Tetapi, jika isu ini gagal dicapai kata sepakat malam ini, dan DAP akan mengambil tindakan yang sama sebagaimana tahun 2003 lalu, Pakatan akan hancur dan saya yakin DAP juga akan kehilangan sokongan khasnya orang Melayu," kata pemimpin PAS itu.

Bagi beliau, Kelantan dimenangi oleh PAS sejak tahun 1990 tanpa sebarang kaitan dengan DAP dan negeri itu berjaya dipertahankan oleh PAS sehingga kini.

PAS pula bersama dengan Pakatan Rakyat membentuk bersama negeri Selangor, Kedah dan juga Pulau Pinang di samping Perak sebelum ini.

Beliau dengan penuh yakin berkata, pihak yang paling rugi jika perpecahan berlaku adalah DAP kerana sudah pasti Selangor akan jatuh dan silap-silap Pulau Pinang pun akan jatuh dalam pilihan raya akan datang tanpa sokongan Melayu.

"PAS boleh jadi akan berjaya mengekalkan Kelantan dan Kedah walaupun bersendirian atau bersama PKR atas sokongan Melayu dengan isu ini dan boleh jadi akan menang juga di beberapa negeri lain," kata beliau.

Namun, bagi Bridget Welsh , andaian ini tidak tepat kerana sebahagian Melayu juga tidak bersetuju dengan hudud dan lebih terpengaruh dengan isu ekonomi apatah lagi pengundi Cina dan India.

Namun beliau bersetuju bahawa, jika PAS benar-benar mahu melaksanakannya, ia perlu melalui proses demokrasi yang terbaik termasuk pungutan suara selepas menang agar tidak ada mana-mana pihak yang terasa dizalimi.

"Itupun akan masih ada golongan minoriti yang akan terasa dizalimi," kata beliau kepada Harakahdaily menjelang mesyuarat malam ini.

Namun, semua persoalan di atas akan dicerakinkan oleh para pimpinan utama Pakatan Rakyat malam ini.

Jika mereka berjaya melepasinya, bermakna jalan ke Putrajaya terbuka luas. Namun, jika ujian hasil mainan Tun Dr Mahathir ini gagal diatasi, esok tidak akan ada Pakatan Rakyat lagi.

Pun begitu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustyafa Ali dikatakan sangat yakin, soal pecah antara PAS dan DAP tidak akan berbangkit dalam mesyuarat malam ini.
Ini kerana, binaan Pakatan yang ada sudah cukup kuat untuk menempuh segala badai yang melanda dan yakin pemimpin Pakatan sudah cukup dewasa untuk mengatasinya dengan baik.- Harakah daily.

Komen penulis:
Petikan kata-kata menarik di atas:
"Namun, jika PAS, PKR dan DAP dapat mencapai kata sepakat untuk berkata, 'kita benarkan PAS laksanakan undang-undang ini untuk orang Islam sahaja dan di Kelantan sahaja bukan untuk lain-lain negeri', saya yakin halangan untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya tidak ada lagi.

Adakah pandangan di atas juga merupakan pandangan resmi Pas? Kalau betul tujuan  hukum hudud ini dilaksanakan semata-mata untuk ke Putrajaya, memang sah lah Pas ingin mempolitikkan isu Hudud ini. Kalau tidak, masakan artikel ini disiarkan oleh Harakah? Apa tujuannya?


4 comments:

Anonymous said...

ade dengar chua soi lek bagi amaran MCA akan keluar BN kalau Najib setuju perlaksanaan hudud di malaysia...apa kata SALAM SEMUA???

Salam semua (R)... said...

Salam Anon September 28, 2011 11:45 PM,

Di akhir zaman ini, ramai pemimpin yang tidak berilmu tetapi bertindak berani bercakap tentang hukum Allah.

Bertambahlah lagi kekusutan bilamana kawan sekutunya yang bukan Islam, tidak difahamkan tentang hukum Islam yang sebenarnya.

Nawaitu yang ikhlas kepada hukum-hukum Allah semestinya tidak berpaksi kepada mana-mana tujuan selain mengikut perintah dan menjauhi larangan Allah SWT.

Adalah amat menyedihkan JIKA ada pemimpin yang berilmu meletakkan matlamat perlaksanaan hukum Allah semata-mata untuk meraih undi bagi merampas kuasa ke Putrajaya.

Nasihat saya, ketepikan amaran Chua Soi Lek, Karpal dan yang lain. Ulama dam Umarak perlu bersatu dalam satu Saf. Yang pasti, tidak ada amaran lagi selepas ini......!

Anonymous said...

Tok Guru tahap bangkai dulu klu tak boleh laksana hudud ckp Dr M tak bagi skang ni kroni parti sendiri tak bagi To Guru Pluralisma Anwar dan Tok Guru Lim sendiri yang tak bagi...Takot hudud macam takot jumpa hantu...kg ni hantu dua ekor kroni sendiri dalam Pakatan pun lagi takot.... kah kah bongok penakut tahap cipan kah kah wooiit kah kah kah muda2 tak nak mampos dah tua menyusahkan orang kah kah wooitt...

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/09/pas-akan-ujudkan-kod-cula-pengundi.html#ixzz1ZJ4vX2Su

Anonymous said...

MMG PAS DIKUDAKAN KAN PON DALAM PUAK2 PR...