Monday, January 31, 2011

DETIK-DETIK CEMAS SEMASA ALLAH MENURUNKAN BALA DI TENANG DICERITAKAN SENDIRI OLEH WARTAWAN HARAKAH DAILY…



Salam semua...

Penulis ingin berkongsi cerita menarik tentang detik-detik cemas ketika Allah menurunkan bala di DUN Tenang bagi menggagalkan usaha PAS serta kuncu-kuncunya dalam usaha mereka meningkatkan undi daripada penyokong-penyokong Cina di Ladang Labis Utara, Bandar Labis Tengah, Bandar Labis Timor.

Cerita ini adalah cerita benar yang ditulis sendiri oleh wartawan Harakah Daily, Zulkifli Sulong. Walaupun banyak lagi fakta yang dihuraikannya, tetapi penulis cuma ambil bahagian ini sahaja bagi menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah dalam membantu kemenangan BN di Tenang. 

Wartawan berkenaan sendiri mungkin terlepas pandang ayat-ayat yang ditulisnya malah ada ketikanya beliau mengeluh kerana terlupa akan kebesaran Allah yang menurunkan banjir ditempat-tempat strategik yang diduduki oleh penyokong Cina yang berjanji untuk mengundi mereka.

Ikuti sebahagian daripada petikan menarik berkenaan buat pedoman semua pembaca.
(Keseluruhan artikel baca di  sini  ).

Pada jam 3 petang semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menangguhkan pilihan raya ini kerana ramai yang tidak boleh kelauar akibat banjir ini.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Namun begitu, selepas pengumuman dibuat, seorang lagi  naib presidennya yang juga pengarah pilihan raya ini, Salahuddin Ayub berkata mereka akan menerima keputusannya buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat terjejas teruk oleh BANJIR yang melanda beberapa pusat pengundian di Tenang hari ini.

Kataya, BANJIR telah menjejaskan peluang parti itu kerana ia melanda banyak kawasan di bandar itu seperti Ladang Labis Utara, Bandar Labis Tengah, Bandar Labis Timor.

P/S – Pas masih tidak sedar akan kebesaran Allah. Banyak komen mereka di dada-dada akhbar hari ini berkisar kepada faktor ketidak-adilan kerajaan dalam memberi bantuan kepada pengundi-pengundi mereka selain mengatakan faktor cuaca/banjir yang menjadi punca sebenar kepada kekalahan mereka.





KENAPA DOA NIK AZIZ TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH SWT?



Salam semua...

Penulis rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya juga parti pemerintah, BN akhirnya mengekalkan kemenangan di DUN Tenang. Setiap apa yang berlaku samada kita suka atau tidak adalah ketentuan daripada Allah SWT.

Hanya golongan yang beriman dan ikhlas dalam perjuangan saja akan mendapat kemenangan. Begitulah dengan apa yang terjadi di PRK DUN Tenang.

Penulis boleh rasakan berbagai tekanan yang dahsyat terpaksa saudara Mohd Azahar Ibrahim lalui semasa proses berkempen termasuklah bermacam-macam fitnah  dan celaan yang dilontarkan kepada beliau oleh pihak PAS. Tapi Allah maha mengetahui akan kebenaran dan keikhlasan mereka untuk berjuang semata-mata kerana Allah SWT.

Ternyata usha dan doa tidak ikhlas mereka tidak diterima oleh Allah SWT. Kenapa Allah tidak menerima doa-doa mereka? Antara lainnya mungkin disebabkan oleh:

1.  NIAT MEREKA YANG TIDAK IKHLAS KEPADA ALLAH SWT.

2. ISU JENAZAH TERBIAR - MELAKUKAN FITNAH KEPADA IMAM MASJID, DS NAJIB SERTA PENDUDUK SETEMPAT.

3. ISU LELONGAN TANAH-  MELAKUKAN FITNAH KE ATAS SAUDARA MOHD AZAHAR.

4. ISU PAS MENDOAKAN KEHANCURAN KE ATAS ORANG-ORANG ISLAM UMNO.

5.ISU CUTI SAKIT – PEMBOHONGAN YANG AMAT NYATA OLEH SIPELAKU .

6.ISU FATWA DAN CELAAN  NIK AZIZ YANG MENGATAKAN ORANG  ISLAM YANG TIDAK MENGUNDI PAS BERSAMAAN DENGAN ORANG JAHILIAH / BODOH.

7.ISU FITNAH SKANDAL SAUDARA MOHD AZAHAR DENGAN WANITA CINA SEBAGAI HABUAN SEKS.

8. ISU NIK AZIZ SETUJU PENDAPAT LEE KUAN YEW MENGENAI ISLAM.

Perbuatan dan tingkah-laku keji di atas menjadi punca dan penyebab kenapa Allah tidak perkenankan doa mereka.

Kepada pihak-pihak yang berkenaan, ambillah peristiwa di Tenang sebagai pengajaran yang berguna di masa-masa hadapan. Ingat,  berdoa kepada Allah mestilah ikhlas bukannya untuk tujuan menunjuk-nunjuk. Hanya doa daripada orang yang ikhlas sahaja akan mendapat perkenan Allah SWT.


KOMPONEN BN PERLU DEKATI KAUM CINA DI BANDAR-BANDAR KALAU HENDAK MENANG PRU 13 – TREND UNDI KAUM CINA DI TENANG SEBAGAI PENGAJARAN?



Salam semua...

Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut. Keputusan rasmi menunjukkan BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi. Calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi - meningkat berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Pada  pandangan penulis, apa yang menariknya di dalam PRK DUN Tenang ini, walaupun secara keseluruhannya kaum Cina secara majoritinya memberi sokongan kepada PAS, namun sokongan kaum Cina di tiga kawasan undi majoriti Cina seperti Bandar Labis Timor (63.4% undi Cina), Labis (58.3% undi Cina) dan Tenang Station (54% undi Cina) telah membantu memberi kemenangan kepada  BN.

Bagi dua  daerah undi majoriti Cina - Bandar Labis Timor (63.40 % Cina) dan Labis (58.3% Cina), PAS kalah di kedua-dua kawasan berkenaan yang dimenanginya dalam pilihanraya umum 2008.

Manakala di Tenang Station (54% Cina) PAS kalah pada 2008 dan 2011.
Walaubagaimanapun, di Bandar Labis Tengah, yang merupakan 95.7% pengundi Cina. Di situ, PAS memperolehi 69.8% undi keseluruhannya.

Kecuali pengundi-pengundi Cina tinggal di bandar seperti di Bandar Labis Tengah, ternyata kaum Cina telah kembali menyokong BN. Keadaan ini merupakan perkembangan yang baik.
 
Selepas ini, bagi menghadapi PRU 13 nanti, usaha perlu ditingkatkan oleh jentera komponen BN bagi mengembalikan sokongan kaum Cina terutamanya yang tinggal di Bandar-bandar besar. Trend sokongan yang berbeza di kalangan kaum Cina di beberapa kawasan di Tenang  banyak memberi pengajaran dan ikhtibar kepada jentera komponen BN dalam mencari pendekatan yang lebih bijaksana dan praktikal di masa-masa hadapan.





Sunday, January 30, 2011

PRK DUN TENANG: PANIK KERANA HUJAN LEBAT, BEBERAPA PEMIMPIN PARTI DAP TERPAKSA HANTAR AMARAN 'SOS' MENGGESA PENGUNDI MEREKA KELUAR MENGUNDI.


Salam semua…
Lapuran terkini  mengatakan peratusan yang keluar mengundi di Tenang  meningkat ke 68.68 % sehingga  hingga jam 4 petang.
Yang lawaknya  ada pemimpin pemimpin DAP nampaknya panik dengan peratusan rendah keluar mengundi masyarakat Cina. Beberapa pemimpin parti itu ada yang sanggup menghantar 'SOS' menggesa pengundi mereka keluar mengundi.
Ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching dikatakan menulis peratus pengundi Cina yang keluar mengundi amat rendah di Labis.
"Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20%; Felda sudah 50%. Tolong bantu panggil orang yang anda kenal di Labis," tulis Teo di laman Twitter.
Sementara ketua publisiti Pemuda DAP Selangor pula menulis:
"Secara keseluruhan, peratusan keluar mengindi di tiga kawasan majoriti Cina amat rendah! Labis Tengah 300 (orang); Labis Timor 600; Tenang Station 200 sehingga 10.30 pagi.”
Sementara itu, timbalan pesuruhjaya PAS Johor dan pengarah pilihan raya PAS di Tenang, Dr Zukefly Ahmad mengakui bahawa tempoh pengundian tidak boleh dilanjutkan mengikut undang-undang sedia ada.
Berikutan itu, katanya, PAS akan menggerakkan penyokongnya supaya keluar mengundi sebelum pusat pengundian ditutup pada jam 5 petang ini.
Katanya, beliau juga telah menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan suruhanjaya berkata, pihaknya akan mengikut pelan asalnya.
Menjawab soalan, Dr Dzulkefly berkata peratusan rendah pengundi Cina yang keluar mengundi, akan menguntungkan BN tetapi jika ia berlaku pada pengundi Melayu, maka menguntungkan PAS.
"Pengundi Cina yang keluar mengundi setakat ini adalah rendah. Kita sedang menggerakkan tenaga kerja kita untuk membantu mereka datang mengundi.
"Kita juga bekerjasama dengan SPR untuk membawa pengundi ke pusat pengundian," tambahnya.
Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau yang juga sependapat dengan Dr DZulkefly berkata:
"Kita bimbang dengan peratusan rendah pengundi Cina yang keluar mengundi kerana mereka adalah bank undi kita.
"Kita sedang melakukan yang terbaik untuk menghantar kenderaan pacuan empat roda untuk mengangkut pengundi.".
Dr Boo juga berkata pihaknya telah meminta SPR dan marin polis serta jabatan pertahanan awam supaya menghantar bot dan trak mereka untuk mengangkut pengundi.
Sementara itu, timbalan pengerusi SPR, Dauk Wan Ahmad Wan Omar, ketika dihubungi Malaysiakini, mengesahkan bahawa tempoh pengundian tidak boleh dilanjutkan di bawah undang-undang sekarang.
Oleh kerana tidak ada lapuran lain yang paling cepat untuk penulis ambil, penulis tidak ada pilihan selain terpaksa rujuk kepada lapuran daripada Malaysiakini. Oleh yang demikian, tidak hairanlah kebanyakan lapuran mereka ini terkhusus kepada aktiviti terkini pemimpin pakatan rakyat di Tenang.
Ikuti lapuran langsung seterusnya yang penulis ambil daripada portal Malaysiakini.
5.00pm: Kesemua 12 pusat pembuangan undi di Tenang ditutup pada jam 5 petang.
4.29pm: Sehingga jam 4 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 68.68% atau 10,133.

TENANG: TERKINI BANJIR -LALUAN LABIS-KG PAYA MERAH TERPUTUS…



Salam semua…
Dilapurkan bahawa disebabkan banjir, laluan labis-kampong paya merah telah terputus kerana keadaan air yang semakin naik sehingga 1 meter.
Lapuran terkini  mengatakan peratusan yang keluar mengundi di Tenang  meningkat ke 65.19% sehingga  hingga jam 4 petang (masih kekal seperti  jam 3 petang tadi?).
Ikuti laporan langsung seterusnya yang penulis ambil daripada portal Malaysiakini.
4.02pm: Laluan dari Labis ke kg Paya Merah terputus apabila paras air naik sehingga 1 meter.
4.00pm: Bot dan trak lima tan milik tentera dan bomba digunakan untuk membawa pengundi ke SMK Kamarul Ariffin selepas hujan di tempat itu kembali lebat.
Trak tentera kini digunakan untuk membawa orang ramai ke pusat pembuangan undi, lapor SMS berita the Sun.
3.40pm: Sehingga jam 4 petang tadi, sejumlah 9,618 orang pengundi atau 65.19 peratus telah keluar mengundi.


SUASANA AGAK KELAM-KABUT : IKUTI LAPURAN TERKINI DI DUN TENANG SEKITAR PUKUL 02.55PM – 03.40PM




Salam semua…
Diberitakan bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih kekal di Kompleks Institusi Pendidikan Tenang, tempat beliau mengadakan sidang media sebelum ini
Dalam suasana yang agak kelam-kabut itu, petugas-petugas BN khabarnya cuba membawa trak ke institut itu bagi membawa Muhyiddin beredar.
Lapuran terkini  mengatakan peratusan yang keluar mengundi di Tenangn meningkat ke 65.19% sehingga  hingga jam 3 petang.
Ikuti laporan langsung seterusnya yang penulis ambil daripada portal Malaysiakini.
3.40pm: Sehingga jam 4 petang tadi, sejumlah 9,618 orang pengundi atau 65.19 peratus telah keluar mengundi.
2.55pm: Walaupun hujan rengai-renyai di SMK Kamarul Ariffin, tetapi belum ada tanda-tanda trafik akan bergerak.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin masih kekal di Kompleks Institusi Pendidikan Tenang, tempat beliau mengadakan sidang media sebelum ini.
Sekolah berkenaan hanya di sebelah SMK Kamarul Ariffin.
Petugas BN cuba membawa trak ke institut itu bagi membawa Muhyiddin beredar.


MAKIN MENDEBARKAN : APA YANG MENARIK DI DUN TENANG SEKITAR PUKUL 02.12PM – 02.45PM



Salam semua…
Diberitakan bahawa SPR meminta pengundi Tenang tidak mempercayai khabar angin kononnya proses pengudian ditangguhkan kerana hujan lebat dan banjir. Lapuran terkini  mengatakan peratusan yang keluar mengundi di Tenangn meningkat ke 61.17% sehingga  hingga jam 2 petang
Ikuti laporan langsung yang penulis ambil daripada portal Malaysiakini.
2.45pm Di SMK Kamarul Ariffin, Bandar Labis Tengah, walaupun banjir, penyokong kedua-dua calon masih bersemangat menyanyi, bersorak dan mengejek sesama sendiri.
Mereka juga bergilir-gilir mengucapkan "Gong Xi Fa Chai" (Selamat Tahun Baru Cina) dan "kamsia" (terima kasih) kepada pengundi.
2.37pm Sehingga 2 petang, peratus keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang.
2.26pm: DAP mendakwa banjir di dua pusat pengundian sudah "serius". Pengundi tidak boleh menghampiri Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah di Labis Timor and SMK Kamarul Ariffin di Bandar Labis Tengah.
2.16pm: Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar memberitahu Malaysiakini, pemanjangan masa mengundi "tidak boleh berlaku mengikut undang-undang".
2.12pm: Hujan kembali turun di SMK Kamarul Ariffin. Jalan raya yang ditenggelami air separas paha tadi, kini meningkat ke paras pinggang.
Sementara itu, menurut laporan RTM, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof, masa pengundian tidak akan dipanjangkan.
Katanya, walaupun beberapa pusat pengundian tidak boleh dilalui, pelbagai agensi kerajaan membanti mengangkut pengundi dengan kenderaan berat.
Sementara, SMS Sinar Harian pula melaporkan, SPR meminta pengundi Tenang tidak mempercayai khabar angin kononnya proses pengudian ditangguhkan kerana hujan lebat dan banjir.

TERKINI : APA YANG MENARIK DI DUN TENANG SEKITAR PUKUL 11.36 AM – 01.42PM




Salam semua…
Suasana mengundi nampaknya agak dingin sedingin hujan yang turun tanpa henti-henti. Dilapurkan juga di sesetengah tempat misalnya di Labis, peratusan kaum Cina keluar mengundi agak rendah.   
Ikuti laporan langsung yang penulis ambil daripada portal Malaysiakini.
1.42pm: Setakat 1 tengah hari, peratusan keluar mengundi sebanyak 55.36 peratus atau 8,167 orang.
1.12pm: Pemimpin DAP mula panik dengan peratusan rendah keluar mengundi masyarakat Cina, memaksa seruan mengundi dikeluarkan.
"Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20 peratus; Felda sudah 50 peratus. Tolong bantu panggil orang yang kamu kenal di Labis," tulis anggota parlimen Serdang Teo di laman Twitter.
Sementara ketua publisiti Pemuda DAP Selangor pula menulis: "Secara keseluruhan, peratusan keluar mengindi di tiga kawasan majoriti Cina amat rendah! Labis Tengah 300 (orang); Labis Timor 600; Tenang Station 200 sehingga 10.30am.”
12.48pm: Hujan menjadi sumber rezeki di Tenang hari ini di mana seorang peniaga menjaja payung di sepanjang rumah kedai di Jalan Segamat, pada harga RM12 tiap satu.
12.52pm Setakat jam 12.00 tengah hari, menurut pemantauan terhadap kepercayaan politik oleh NGO Zentrum Future Studies, BN kini mendapat 59.5 peratus manakala Pakatan 40.5 peratus.
12.40pm: Menurut SPR, peratusan pengundian sehingga jam 12 tengahari meningkatkan kepada 48.93% atau 7,219 pengundi. Tinggal lima jam lagi sebelum pusat pengundian ditutup jam 5 petang ini.
12.09pm Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Seri Wee Ka Siong berkata hujan lebat di Tenang mengingatkannya kepada peristiwa banjir besar di Johor pada Disember 2006 dan Januari 2007.
"Harap ia tidak berlaku lagi," tulisnya di laman Twitter.
12.08pm: Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching berkata peratus pengundi Cina yang keluar amat rendah di Labis.
"Tolong desak anggota keluarga atau kawan-kawan keluar mengundi!" tulisnya di laman Twitter.
11.40am: Banjir yang melanda Jalan Segamat, laluan utama menghubungkan Labis dan Tenang Station, bertambah teruk. Jika hujan berterusan, laluan itu mungkin terputus hubungan tidak lama lagi.
Di Jalan masuk ke Ladang North Labis juga ditenggelami air kira-kira sekali dalamnya.
11.36am: Menurut twitter Loges Mohan - isteri ketua pemuda MIC T Mohan - Jabatan Pertahanan Awam dikerah ke Kampung Tenang untuk memindahkan 62 keluarga yang terperangkap kerana banjir.
Manakala twitter ketua Pemuda MCA yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Seri Wee Ka Siang pula menyiarkan foto banjir sepanjang Jalan Segamat-Labis.




PRU DUN TENANG: PERISTIWA MENARIK DI DUN TENANG SEKITAR PUKUL 8.00 AM – 11.30AM


Salam semua…
Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.  Diberitakan melalui Malaysiakini bahawa hujan berterusan, 38.6 % sudah mengundi setakat 11.30 pagi tadi. Ikuti lapuran berita sepenuhnya yang penulis ambil daripada portal berkenaan  setakat jam 11.30 pagi tadi.
Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.
Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.
Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.
Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).
Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.
Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.
Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.
Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.
Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.
Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.
LAPORAN LANGSUNG
11.30am: Sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi.
11.15am: Calon PAS Normala Sudirman berkata beliau berfikiran "positif" dengan peluang untuk menang.
"Proses pengundian berjalan dengan lancar. Walaupun keadaan hujan lebat, saya tengok pengundi masih bersemangat.

"Saya yakin pengundi bijak membuat pilihan, kita nanti keputusan ini dengan penuh debaran," katanya ketika ditemui semasa mengunjungi pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin.
Normala Sudirman ditemani ketua muslimat PAS Pusat Nuridah Salleh dan suami calon Maarof Abd Mutalib.
Wartawan Malaysiakini bertanyakan khabar Maarof, beliau dengan ramah berkata "Alhamdulillah, sihat".
Setakat ini, Normala telah mengunjungi enam daripada 12 pusat pengundian.
11.07am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang akhbar pada bila-bila masa di Kompeks Pendidikan Labis di Bandar Labis Tengah.
11.05am: Di pusat pengundian di SMK Tenang Stesen, pengundi terpaksa mengharung jalan yang dinaiki air sebelum melalui jalan menuju ke pusat tersebut untuk mengundi.
SPR menyediakan sebuah van untuk menghantar pengundi balik ke jalan utama, tempat mereka meletak kereta masing-masing.
11.00am Walaupun hujan lebih di Tenang dan setengah kawasan sudah banjir. sehingga jam 10 pagi ini, 24.34 peratus atau 3,591 pemilih atau satu perempat daripada pengundi sudah keluar mengundi. Hujan lebat turn sejak malam tadi.
10.52am: Ekoran hujan lebat, beberapa kawasan di sekitar dewan pelbagai-guna Kampung Paya Merah dinaiki air. Sepanjang 50 meter Jalan Segamat ditenggelami air sedalam setengah kaki.
Anggota polis bertugas mengawal lalulintas dan memaklumkan kepada para pengguna mengenai keadaan banjir di situ.
10.45am: Di SMK Kamarul Ariffin, pengundi berpayung ke pusat pengundian. Sebahagian besar penduduk di kawasan sekitarnya adalah terdiri daripada masyarakat Cina.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (kanan) mengunjungi khemah SPR di luar pusat pengundian dan mengambil peluang itu untuk bersalaman dengan pengundi.
10.35am: Pintu masuk ke pusat pengundian di SK LKTP Tenang sesak seperti pasar dengan kedua-dua anggota Puteri Umno dan pekerja PAS mengiringi pengundi keluar dari kereta untuk ke pusat tersebut.
Kawasan ladang kelapa sawit di Jalan Tenang turut ditenggelami air hujan.
10.20am Calon PAS Normala Sudirman tiba di SK LKTP Tenang dan diejek penyokong BN.
"Ini wakil rakyat yang kamu mahu? Tak pernah masuk universiti," jerit penyokong BN.
Manakala penyokong PAS pula membalas dengan jeritan "rasuah".
10.05am Di pusat pengundian di SMK Kamarul Ariffin, proses pengundian berjalan tenang tanpa sebarang kekecohan.
Kedua-dua perayu undi, walaupun dengan hujan lebat, masih meneruskan usaha merayu undi.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengadakan sidang media, di Kompleks Institutsi Pendidikan SMK Tenang, yang terletak bersebelahan pusat mengundi ini tidak lama lagi.
9.55am Keadaan trafik hampir terhenti akibat kesesakan di Felda Tenang, yang terdapat pusat pengundian SK LKTP Tenang.
8.50am Calon BN Azahar tiba 'disambut' laungan sindiran "jangan lelong tanah saya" di Kampung Paya Merah.
8.40am Cubaan penyokong PAS mendirikan khemah berdekatan dewan sebaguna Kampung Paya Merah dihalang polis.
9.40am: Menurut seorang pekerja parti DAP Lim Swee Kuan dalam laman Twitter, peratusan keluar mengundi sehingga jam 9 pagi sebanyak 10.06 peratus atau 1,576 orang.
9.30am Keadaan mula meriah dengan laungan takbir dan "Hidup BN" kira-kira 100 penyokong bersilih ganti di di SK Pekan Air Panas, Pekan Ayer Panas.
Hujan terus terus mencurah-curah, dijangka naik ke paras kaki tidak berapa lama lagi.
9.25am Jabatan Bomba dan Penyelamat kini bersedia dengan bot untuk menghadapi kemungkinan banjir teruk.
8.55am Calon PAS Normala Sudirman tiba di pusat pengundian SK Kampung Tenang, Kampung Redong.
Dengan yakin, beliau percaya pengundi akan membuat pilihan yang tepat.
8.55am Calon BN Azahar membuang undi di Kampung Paya Merah dengan neneknya berusia 95 tahun.
8.40am Beberapa petugas SPR menurunkan bendera dan poster - yang gantung sepanjang jalan menuju ke pusat pengundian- kerana berada kawasan pengundian.
Perayu undi dari kedua-dua parti, kini mula berada di luar pusat pengundian untuk merayu undi.
8.15am Hujan menyebabkan air naik di Kampung Redong. Jika berterusan, kawasan tersebut akan dilimpahi banjir.
Di Kampung Paya, SPR mula melarang payung dibawa ke tempat membuang undi.
8.02am Kelihatan BN dan PAS masing-masing membuka pondok panas mereka sendiri di sekitar pusat mengundi walaupun dilarang oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengundi keluar agak perlahan ekoran hujan renyai-renyai. Banyak payung hijau dan biru mewarnai sekitar kawasan mengundi.
Di Kampung Paya, ahli parlimen Labis Chua Thee Yong antara yang menunggu BN dalam hujan renyai di mana calon itu akan mengundi.
"Kita jangkakan ia akan jatuh kepada 60 peratus atau lebih rendah lagi, bergantung pada keadaan," katanya.
Beliau berpendapat, peratusan keluar mengundi akan rendah ekoran cuaca semasa.
8.00am Peti undi dibuka.

Saturday, January 29, 2011

TUAN IBRAHIM TIRU KONSEP ZAMAN JAHILIAH , GUNA ISU JANTINA PULA UNTUK TAGIH UNDI? NIK AZIZ TAK MARAH KE?...


Salam semua…
Penulis nak tergelak bila baca komen Tuan Ibrahim Tuan Man yang nampaknya sudah kekeringan idea bilamana beliau yang seolah-olah bercakap menggantikan muslimah  PAS menyeru pengundi-pengundi wanita dan guru di Tenang supaya mengundi calun wanita mereka, Cikgu Mala di samping tidak  mensia-siakan peluang bagi mengangkat martabat kaum hawa.
Penulis rasa hairan kenapalah  PAS hantar Tuan Ibrahim dan bukannya pemimpin-pemimpin muslimah  PAS, seperti Dr Lolo dan yang lain-lain bagi melontarkan seruan dan idea ini. Terasa amat janggal bebonar..
Nasihat penulis kepada Tuan Ibrahim, ikutilah seruan Mursyidul Am mereka, Nik Aziz, janganlah ikut zaman jahiliah bila cakap soal nak pilih undi.  Tidak ada bezanya untuk kita memilih pemimpin lelaki ataupun perempuan. Apa yang penting, pemimpin yang kita pilih nanti semestinya boleh buat kerja selain mewakili parti pemerintah yang adil lagi bijaksana seperti BN dulu, kini dan selamanya.
Ikuti paparan yang penulis ambil daripada Harakah Daily keluaran 29/01/2011( Klik di sini  ).
LABIS, Jan 29: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru pengundi-pengundi wanita dan guru di Tenang tidak mensia-siakan peluang bagi mengangkat martabat kaum hawa untuk menjadi jurubicara mereka di Dewan Undangan Negeri Johor.
“Pencalonan Cikgu Mala, seorang tokoh yang tegas dan mempunyai karisma sebagai pimpinan, serta pengorbanan beliau dalam meletakkan jawatan sebagai guru dan kehilangan segala pencen diharap akan menambah simpati pengundi kepada beliau,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.
Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata perkara yang menarik di pilihanraya kecil Tenang kali ini ialah kekalutan yang menimpa Wanita dan Puteri Umno yang dilihat kurang menyerlah apabila pemimpin yang diwar-warkan mereka, iaitu Ketua Wanita Umno Labis tidak dipilih sebagai calon.
“Wanita dan Puteri Umno kurang menyerlah, tidak sebagaimana kebiasaannya dalam PRK, hal ini banyak dikaitkan dengan kekecewaan Ketua Wanita Umno Labis tidak dicalonkan, sedangkan nama, gambar serta gempar-gempur beliau akan jadi calon telah diisytiharkan lebih awal, dan antara yang jelas kecewa ialah Ketua Wanita UMNO Sharizat Jalil,” ujar Tuan Ibrahim.
Profesyen perguruan juga agak tertinggal sejak kebelakangan ini terutama apabila golongan guru tidak lagi mendapat tempat dalam politik negara. Kalau dahulu guru menjadi tokoh pilihan untuk menjadi calon dalam Umnio, kini tidak lagi apabila ahli perniagaan pula yang mendapat tempat.
Di PRK Tenang, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sedang mencuba saranan terbarunya dalam  memilih calon PRK iaitu “BN akan memilih calon yang boleh menang (winnable candidate) yang tidak semestinya yang mempunyai jawatan dalam parti” dengan memilih Mohd Azahar Ibrahim, bekas ADO Rengit yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti sebagai calonnya.
"OK itu tidak ada masalah tetapi yang akan menjadi masalah nanti adalah dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13. Apakah faktor ini akan menjadi kriteria Najib?
"Andaikatalah Azahar benar-benar dibuktikan sebagai winnable candidate dalam pilihan raya kecil ini. Beliau mendapat undi yang besar bahkan lebih dari sasaran BN iaitu melebihi 5,000 undi majoriti.
"Apakah sebenarnya akan terjadi kepada kesemua pemegang jawatan dalam Umno sekarang di seluruh negara.
"Apakah mereka juga termasuk dalam senarai winnable candidate atau pimpinan Umno tidak lagi melihat mereka sebagai calon-calon yang berpotensi untuk menang,” tulis Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakahdaily di kolumnya dalam The Malaysian Insider.
Ada juga pemerhati politik yang berpendapat bahawa Umno-Barisan Nasional sedang melayan pengundi-pengundi di Tenang sebagai anak tiri berbanding dengan pilihanraya-pilihanraya kecil yang lain dengan jumlah wang yang ditaburkan jauh lebih sedikit dan ketiadaan janji-janji projek besar seperti kawasan lain.
Bahkan sepanjang kempen, Najib juga tidak berapa kelihatan di Tenang kerana yakin bahawa pengundi-pengundi yang marah di kubu kuat mereka tetap akan mengundi calon Barisan Nasional.
Berdasarkan pengamatan tersebut, Tuan Ibrahim menyeru pengundi di Tenang untuk membuat perubahan bagi menaikkan taraf mereka kepada status anak kandung Umno-Barisan Nasional dengan memberikan undi ke calon PAS bagi mencatatkan sejarah politik di Johor esok.
Tempoh berkempen bagi DUN Tenang akan berakhir jam 12 malam ini dan pengundi akan mula membuang undi bermula jam 8 pagi besok.

TAKTIK AKHIR PAS -PENGUNDI BN KENA TERUS MENGUNDI WALAUPUN PAS SUDAH MENGAKU KALAH…?


Salam semua…
Penulis hari ini terbaca satu lapuran yang di siarkan oleh Harakah Daily yang kononnya satu lapuran bebas telah dibuat oleh PAS melalui ILHAM CENTRE. Lapuran daripada tinjauan bebas di DUN Tenang ini membuat kesimpulan bahawa calon BN, Mohd Azahar Ibrahim akan memenangi kerusi DUN N5 Tenang ini menewaskan calon PAS, Normala Sudirman dengan berlaku peningkatan sokongan pengundi dan majoriti berbanding keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Kata lapuran itu lagi, jentera PAS perlu menampilkan imej gabungan Pakatan Rakyat yang sebenar sebagai gabungan utama berdepan dengan jentera Barisan Nasional jika mahu menang dalam siri pilihan raya akan datang.
Penulis harap pengundi-pengundi BN di DUN Tenang tidak termakan dan tertipu dengan taktik halus daripada PAS yang mungkin menganggap lapuran post-mortem awal mereka itu akan MELEKAKAN pengundi-pengundi BN daripada terus rasa selesa dan tak perlu turun mengundi. Sebaliknya lapuran berkenaan akan memberikan semangat supaya penyokong-penyokong PAS untuk terus turun mengundi bagi menjamin kemenangan PAS di DUN Tenang.
Ikuti paparan yang penulis ambil daripada Harakah Daily bertarikh 29/01/2011.
LABIS, 29 Jan: Keputusan pilihanraya kecil Dun N05 Tenang yang dijadualkan berlangsung esok dijangka akan memihak kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim namun hasrat parti itu untuk meraih majoriti melebihi 5 ribu undi tidak kesampaian.
Laporan survey badan penyelidikan bebas ILHAM Centre yang dikeluarkan pagi ini menunjukkan calon BN mendahului PAS dengan majoriti sekitar 3 ribu undi di mana BN dijangka memperolehi sekitar enam ( 6) ke tujuh (7) ribu manakala PAS, empat (4) ribu undi. Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi  73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan Kaum lain (75 peratus).
Dapatan Kajian Sikap dan Kecenderungan Pengundi dalam Pilihan Raya Kecil N5 Tenang
ILHAM Centre merupakan firma penyelidikan bebas, telah melakukan satu kajian sempena Pilihan Raya Kecil Ke 14 yang kini berlangsung di N5 DUN Tenang,Johor. Pihak ILHAM Centre memulakan kajian pada 26 hingga 28 Januari 2011 lepas untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka.
Tinjauan selama 2 hari secara komprehensif ini dilakukan di sebuah daerah mengundi dengan menemubual pengundi berdaftar secara bersemuka di 10 daerah mengundi daripada 13 daerah mengundi yang ada dalam DUN ini. Responden yang berjaya dinilai sebagai “sample”  kajian ini seramai 549 orang yang terdiri daripada semua komposisi kaum, peringkat umur dan pekerjaan.
Populariti parti mengatasi kekuatan calon
Berdasarkan hasil dapatan kajian ILHAM Centre, faktor utama responden memberi undi adalah berasaskan parti berbanding faktor calon dan isu yang dimainkan. Faktor  parti di wakili 62.5% daripada keseluruhan responden.
Jika dilihat kepada kekuatan calon, kedua-dua parti dilihat mempunyai kelebihan masing-masing. Namun calon BN, Mohd Azhar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai “Tok Ai”  mendapat 91.4 % dikenali oleh pengundi. Manalaka Normala Sudirman atau Cikgu Mala menadapat 79.6 % popularity di kalangan responden.
Isu serangan kepada Normala tidak memberi kesan kepada pengundi
Antara isu serangan kepada peribadi calon PAS, Normala Sudirman mengenai memakai sarung tangan bila berjabat tangan dengan pengundi lelaki tidak memberikan kesan kepada responden sebagai isu yang kuat. Begitu juga isu lainnya seperti penyelewengan tanah, suami Cikgu Mala sakit dan sebagainya tidak cukup untuk mempengaruhi pola pengundian di sini.
Jentera PAS masih gagal menembusi kubu kuat Umno di perkampungan tradisi dan FELDA
Merujuk kepada dapatan kajian juga, jentera PAS di Tenang kali ini cukup agresif dalam siri-siri kempen dan ziarah rumah ke rumah. Dengan menyasarkan undi wanita dan kakitangan kerajaan terutama nya guru, tema Cikgu Mala dilihat signifikan dalam strategi kempen PAS. Namun, berdasarkan maklum balas responden di perkampungan tradisi sekitar Kampung Tenang, Pekan Ayer Panas, Kg Redong, tidak berlaku anjakan ketara paten sokongan di sana.
Jentera PAS/PR juga dilihat belum mempunyai kekuatan untuk mengubah pendirian politik golongan peneroka FELDA, namun terdapat sedikit sinar harapan terutama generasi kedua FELDA yang mempunyai pendirian politik rasional untuk memilih Pakatan Rakyat.
Jentera Pakatan Rakyat belum dapat meyakinkan pengundi
Di kawasan bandar Labis dan beberapa lokaliti majoriti pengundi Cina, ILHAM Centre dapati, tahap sokongan pengundi Cina kepada PAS tidak berlaku sokongan ketara walaupun terdapat protes senyap di kalangan pengundi Cina. Ini dapat dilihat dengan ketiadaan bendera BN di kawasan kediaman pengundi Cina berbanding perkampungan Melayu.
Pengundi Cina juga dilihat kurang berkeyakinan dengan Pakatan Rakyat kerana jentera dilihat tidak bersepadu sepertimana jentera Barisan Nasional. Kesannya, Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat sokongan daripada pengundi Cina sepertimana yang diharapkan.
Di kalangan pengundi Melayu pula, rupabentuk kerjasama Pakatan Rakyat masih kabur di kalangan kebanyakan pengundi. Di samping kejayaan media BN memanipulasi beberapa isu berkaitan perkara ini, pergerakan kempen calon PAS turut tidak meyakinkan pengundi. Pergerakan rumah ke rumah Cikgu Mala misalnya tidak disertai tokoh-tokoh lain selain pemimpin-pemimpin PAS.
Kesimpulan
ILHAM Centre membuat bacaan berdasarkan dapatan kajian ini bahawa calon BN, Mohd Azahar Ibrahim akan memenangi kerusi DUN N5 Tenang ini menewaskan calon PAS, Normala Sudirman dengan berlaku peningkatan sokongan pengundi dan majoriti berbanding keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Jentera PAS perlu menampilkan imej gabungan Pakatan Rakyat yang sebenar sebagai gabungan utama berdepan dengan jentera Barisan Nasional jika mahu menang dalam siri pilihan raya akan datang.
Latarbelakang ILHAM Centre
ILHAM Centre ditubuhkan pada 2006 sebagai sebuah firma penyelidikan bebas yang menumpukan pengkhususan dalam kajian lapangan. Fokus dan tumpuan penyelidikan berasaskan kajian lapangan mengambil kira pendekatan sepertimana kaedah penyelidikan akademik di peringkat pengajian tinggi. Penyelidikan pandangan awam yang dilakukan menerusi kaji selidik lapangan dalam bidang politik, ekonomi, sosial dan kemasyarakatan dan kajian dasar.
ILHAM Centre dibarisi oleh para pengkaji sosial yang mempunyai kepakaran di dalam bidang sains politik, politik antarabangsa, geografi poliitik, ekonomi dan kewangan, sains kemasyarakatan dan juga kajian dasar.
ILHAM Centre yakin bahawa sebuah negara yang maju harus didukungi dengan fakta dan statistik. Usaha ini juga bagi meletakkan harapan untuk menyumbangkan kepakaran untuk mengangkat tamadun Malaysia yang didasari dengan penggubalan dasar berdasarkan suara rakyat terbanyak.

BERITA TERKINI-MP PADANG SERAI UMUM LETAK SEMUA JAWATAN PKR


Salam semua…
Seperti yang diduga,  bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.  Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.
Penulis rasa eloklah beliau keluar cepat-cepat kerana beliau telah lama menjadi duri dalam daging PKR. Keluarnya beliau daripada PKR akan memberikan tamparan yang hebat kepada pakatan rakyat.
Tentunya suara beliau yang vocal sedikit sebanyak akan menggoncang tiang seri PKR dan secara langsung akan memberi kelebihan kepada BN bagi menghadapi PRU 13 nanti.
Ikuti berita sepenuhnya yang penulis ambil daripada Malaysiakini bertarikh 29/01/2011
(Klik  di sini ).

“Bekas naib presiden PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli parlimen Padang Serai, hari ini mengumumkan melepaskan semua jawatannya di dalam parti itu.
Pengumuman itu dibuatnya menerusi laman sosial twitter.
"Selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia. Saya dengan ini letak semua jawatan dalam PKR dan teruskan kerja saya melalui NGO baru," katanya dalam mesej yang diposkannya jam 10.50 pagi tadi.
Namun Gobalakrishnan, tidak menyebut nama badan bukan kerajaan (NGO) baru yang akan disertainya bagi meneruskan kerja-kerjanya.
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada beliau juga bertindak keluar parti dan menjadi ahli parlimen Bebas.
Usaha Malaysiakini menghubungi untuk penjelasan lanjut belum berhasil.
Empat ahli parlimen telah meninggalkan PKR sejak pilihan raya umum 2008 - Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) manakala seorang lagi Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Bahru) dipecat dari parti.
PKR kini mempunyai 24 kerusi di Dewan Rakyat, berbanding 31 yang dimilikinya selepas pilihan raya umum Mac 2008.
BN hanya memerlukan tiga lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk berpaling tadah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Jumlah yang diperlukan adalah 148 kerusi dan ini boleh dicapai menerusi 138 kerusi yang dimenanginya bersama sokongan tujuh ahli Bebas yang mesra BN (termasuk MP Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali) berserta tiga yang lain.
Sudah diduga
Keputusan yang diambil Gobalakrishnan bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau dikatakan enggan menjawap surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.
Sebaliknya dalam jawapan angkuhnya di Twitter pada 21 Januari lalu, Gobalakrishnan berkata, "Kenapa mesti saya jawab surat tunjuk sebab? Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim dan parti mesti jawap soalan saya dulu. Saya tak akan berhenti sehingga mereka jawab.”
Kemarahan Gobalakrishnan memuncak apabila beliau tewas pada pemilihan PKR yang didakwanya dicemari penyelewengan.
Beliau semakin berang apabila kepemimpinan parti itu, melantik pendatang baru, N Surendran sebagai naib presiden. Gobalakrishnan mendakwa ahli politik novis itu tidak mampu mewakili kepentingan masyarakat India.
Serangan terakhirnya ke atas PKR apabila dia mengecam pemimpin parti itu kerana terbabit dengan perasmian Kuil Sivan di Petaling Jaya dan mendakwa Awnar secara peribadi mengarahkan kuil itu ditutup menyaksikan beliau diberi amaran.
Namun, Gobalakrishnan enggan menutup mulut tetapi sebaliknya, beliau banyak memuat-naikkan beberapa ulasan di Twitter di mana beliau membidas pemimpin parti, khususnya Anwar dan timbalan presiden, Azmin Ali.
P/S – Penulis nampak selepas PRU12 dulu, sokongan kaum India kepada BN semakin  hari semakin baik. Ini menandakan kaum India rasa tertipu di bawah PKR. Kebajikan mereka di bawah BN adalah lebih baik dan terjaga berbanding di bawah PKR. Masalahnya sekarang, kesempatan yang terbaik ini gagal diambil peluang oleh pemimpin MIC sekarang  yang nampaknya hilang fokus  dan lebih cenderung ke arah isu-isu remeh seperti  isu Interlok.

GARA-GARA AMBIL CUTI SAKIT 21 HARI, AKHIRNYA PELAN SUAMI CIKGU MALA TERKANTOI!!...

                                            Oh berkempen....!!  Beliau sihat rupanya.....
   

Salam semua…

Penulis tidak tahulah apa nak jadi dengan sipolan ini. Katanya beliau seorang guru kerajaan yang sudah lama berkhidmat. Seseorang yang berstatuskan guru ni, selalunya dipandang mulia oleh semua orang. Daripada kanak-kanak kecil sampailah ke orang-orang tua. Tugas guru bukanlah sahaja setakat mendidik , malah tingkah-laku mereka yang positif dalam segala hal, akan sentiasa menjadi pedoman dan ikutan orang ramai.

Tetapi ianya amat berlainan dengan perangai dan tingkah-laku sipolan ini. Beliau didakwa telah menyalahgunakan sijil cuti sakit selama 21 hari beliau bagi membantu isterinya berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang. Pelik sungguh perangai beliau. Tidak ada di dalam sejarah perguruan tanah air kita, ada guru yang sanggup melakukan perbuatan yang memalukan ini.

Kalau benarpun nak tolong isteri berkempen, berlaku jujurlah atau mohonlah cuti secara baik-baik, misalnya ambil cuti tanpa gaji ke, atau apa-apapun yang penting ianya tidak akan membelakangkan etika perguruan.

Secara logiknya, orang yang diberi cuti sakit seperti kes beliau sepatutnya, mendapat rawatan susulan atau berihat sahaja di rumah. Tetapi yang peliknya, gambar-gambar beliau tiap-tiap hari terpampang di dada-dada akhbar membantu isterinya,  Normala Sudirman, yang juga merupakan calun PAS yang berkempen pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang. Sakit apa lagu tu? buat malu dekat anak-anak murid sahaja.

Perangai atau tingkah-laku sipolan yang tidak jujur itu sedikit sebanyak telah mencalar profession perguruan keseluruhannya. Dalam hal ini kesalahan tidak sepatutnya diletakkan ke atas bahu doktor yang merawat dan memberikannya sijil cuti sakit. Beliaulah yang bersalah, yang pertama kerana bercakap bohong kepada doktor yang merawatnya dan yang ke dua,  beliau berbohong kepada majikannya iaitulah Guru Besar di sekolah barunya dan yang ketiga, beliau telah berbohong kepada Kerajaan Barisan Nasional yang membayar gajinya.

Dan yang terbaru katanya…beliau menyorokkan dirinya bila rasa diri dah terkantoiii ...kerana  apa?  kerana semua orang dah tahu…Alahai, cikgu…cikgu…rupanya cikgu zaman P.Ramlee masih ada lagi rupanya….

Ikuti perangai kurang molek beliau seperti yang disiarkan oleh Utusan Online bertarikh 29/01/2011 
(Klik  di sini.  ).

LABIS 28 Jan. - Menyedari dirinya menjadi "buruan ramai" khususnya media massa untuk mendapat komen mengenai isu sijil cuti sakit (MC), suami calon Pas, Maarof Abd. Mutalib hari ini memilih untuk 'menyembunyikan' diri.

Jika sebelum ini beliau sentiasa menemani isterinya, Normala Sudirman berkempen dari pagi hingga malam, tetapi kelibatnya tidak kelihatan hari ini dan dipercayai 'kehilangan' Maarof ada kaitan dengan pendedahan mengenai MC selama 21 hari yang diambilnya.

Normala atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala memberitahu, suaminya tidak dapat menemaninya berkempen hari ini kerana mempunyai urusan lain.

"Dia (suami) ada tugas lain dan tidak dapat bersama saya hari ini. Dia ada komitmen yang harus diselesaikan," katanya semasa ditemui pemberita di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan status kesihatan suami calon Pas tersebut berikutan beliau didapati mengambil cuti sakit sehingga 21 hari sepanjang bulan ini seperti yang dilaporkan di dalam sebuah blog, http://marahku.blogspot.com.

Blog tersebut mendakwa Maarof cuti sakit, tetapi pada masa yang sama dilihat bersama isterinya pada majlis-majlis dan kempen yang dijalankan oleh calon Pas itu.

Ditanya sama ada isu MC suaminya akan memberi kesan kepadanya, Cikgu Mala berkata: "Bagi saya isu ini tidak akan memberi kesan kepada baki perjalanan kempen yang tinggal dua hari lagi."

Normala yang pada mulanya enggan menjawab isu itu meminta pihak media sendiri mendapatkan kesahihan dan kenapa MC itu dikeluarkan oleh doktor tersebut.

Beliau mendakwa MC itu kemungkinan ada kaitan dengan pertukaran suaminya dari Sekolah Menengah (SM) Tenang Station ke SM Pasir Gudang sehingga menyebabkan beliau tertekan.

Katanya, pertukaran sekolah dalam tempoh 24 jam itu memberi kesan kepada suaminya memandangkan pada masa sama beliau telah berhenti menjadi guru.

"Suami saya jarang mengambil cuti (sakit) dan seorang yang komited terhadap kerja. Saya harap agar isu ini tidak dijadikan spekulasi dan disensasikan oleh media.

"Bagaimanapun, setakat ini keadaan dia (suami) baik dan emosinya sudah semakin stabil," katanya.
Normala turut mendakwa suaminya terpaksa mengambil cuti sakit di hospital besar di Segamat kerana tiada hospital besar di Labis.

Sementara itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan daripada Maarof gagal kerana panggilan telefon tidak berjawab.

NIK AZIZ MERAPU – BERKEMPEN CARA JAHILIAH KERANA LEBEL PENGUNDI DUN TENANG YANG TAK SOKONG PAS SEBAGAI BODOH…


Salam Semua…


Penulis tertarik dengan komen sinis Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang fakwa terbaru Nik Aziz yang melabelkan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang tidak menyokong Pas sebagai jahiliah.

Katanya  "Ini 'fatwa' yang songsang. Ia satu lagi bukti penyelewengan hukum agama oleh Nik Abdul Aziz dan label jahiliah ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang dikatakan Mursyidul Am yang dipanggil sebagai 'tok guru'.

Penulis rasa cara berkempen beliau yang jahiliah/bodoh sebenarnya. Pergilah cari di mana-mana negara di dunia ini yang  pemimpinnya sanggup melabelkan pengundi-pengundi lawan sebagai bodoh. Mungkin Nik Aziz seorang saja di dalam dunia ini yang sanggup berkata sedemikian.

Berbanding dengan pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang lain, Nik Aziz sebenarnya sudah jauh ketinggalan dalam cara berkempen di zaman moden ini. Gaya jahiliah beliau yang ada unsur-unsur provokasi dalam bentuk celaan ke atas pengundi-pengundi lawan supaya bangkit  marah, ternyata sudah tidak sesuai lagi di zaman ini. Ini menunjukkan bahawa emosi beliau  sudah berkeceramuk kerana memilih untuk membuat celaan dalam kempen terbarunya di Tenang.

Pada pendapat penulis, pada saat ini gaya berkempen cara hikmah dan ilmiah sudah tidak penting lagi pada Nik Aziz. Keadaan ini sangat-sangatlah memalukan kerana seperti kata  Tan Sri Muhyiddin Yassin, label jahiliah ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang dikatakan Mursyidul Am yang dipanggil sebagai 'tok guru'.

Kenapa Nik Aziz sanggup merendahkan martabatnya sebagai Tok Guru Agama sedemikian rupa? Kalaulah penulis ditakdirkan sebagai salah seorang daripada anak-anak muridnya, rasanya mahu penulis tampil kehadapan memohon kemaafan kepada penduduk Tenang di atas keterlanjuran beliau.

Apa-apapun, Allah maha berkuasa. Mungkin ada hikmah besar di sebalik kata-katanya itu dan boleh diterjemahkan melalui keputusan pengundian esok.

InsyaAllah, mari kita tengok siapakah yang sebenarnya JAHILLIAH,  Penduduk di Tenang ataupun Nik Aziz?....

Ikuti komen Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang fakwa terbaru Nik Aziz seperti yang dilapurkan oleh Utusan Online bertarikh 29/01/2011.
(Klik  di sini  ).

LABIS 28 Jan. - 'Fatwa' terbaru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melabelkan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang tidak menyokong Pas sebagai jahiliah satu lagi bukti penyelewengan agama Islam oleh Mursyidul Am parti itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas sanggup melakukan apa sahaja termasuk memperalatkan agama Islam demi kepentingan politik meskipun mereka sedar 'harga' yang terpaksa dibayar daripada perbuatan tersebut iaitu menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Sambil menyuarakan perasaan tersinggung dengan kenyataan itu, beliau berkata, Nik Abdul Aziz yang diangkat sebagai 'tok guru' oleh penyokong Pas telah menganggap seluruh pengundi di Tenang sebagai golongan yang bodoh kerana jelas perkataan jahil itu bermaksud bodoh.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh umat Islam terutamanya pengundi Melayu di Tenang supaya mengambil iktibar daripada tindakan Menteri Besar Kelantan tersebut kerana Pas akan mengeluarkan pelbagai 'fatwa' songsang jika terdesak.

"Ini 'fatwa' yang songsang. Ia satu lagi bukti penyelewengan hukum agama oleh Nik Abdul Aziz dan label jahiliah ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang dikatakan Mursyidul Am yang dipanggil sebagai 'tok guru'.

"Sebagai seorang Islam, kita taat pada tuntutan agama, apakah seluruh pengundi yang berada di Tenang ini jahil? Kalau ikut tafsiran Nik Abdul Aziz, kita semua ini hidup dalam zaman jahiliahlah. Kita semua ini golongan manusia yang bodoh kerana jahil itu bermaksud bodoh," katanya.

Beliau diminta mengulas 'fatwa' Mursyidul Am Pas itu yang menyifatkan orang ramai yang tidak mengundi Pas sebagai jahiliah pada sidang akhbar baru-baru ini selepas membantu calon parti itu, Normala Sudirman berkempen di Kampung Radong, di sini.

Timbalan Perdana Menteri ditemui selepas merasmikan Program Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan Kamarul Ariffin di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz dipetik sebagai berkata: "Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua... Ada jahiliah, ada Islam... tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat."

Ditanya pandangannya sama ada Menteri Besar Kelantan itu wajar mengundurkan diri dengan segera sebelum lebih banyak perpecahan berlaku dalam umat Islam, Muhyiddin berkata, perkara tersebut terserah kepada Nik Abdul Aziz sendiri.

"Kalau dia fikir masih lagi boleh memberi pandangan yang songsang tidak mengapalah. Yang penting kita jangan terpengaruh kerana kenyataan beliau lebih bersifat politik daripada agama," katanya.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) untuk meraih majoriti 5,000 undi pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau yakin sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan sokongan rakyat yang semakin meningkat.

Menurutnya, keyakinan itu kini semakin meningkat selepas ramai pemimpin masyarakat di Tenang tampil memberi kenyataan bahawa mereka akan memberi sokongan padu kepada calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim pada hari pembuangan undi Ahad ini.

Bagaimanapun, katanya, jentera BN tidak boleh terlalu yakin kerana masih ada masa lagi untuk semua pihak berusaha keras bagi meraih seramai mungkin sokongan rakyat.



Friday, January 28, 2011

DANA KUMPULAN PENGGANAS - GEMPAR! POLIS DIARAH SIASAT HUBUNGAN ANWAR – PENGGANAS ?



Salam semua…

Penulis tidak terkejut bila terbaca satu artikel Malaysiakini hari ini yang melapurkan bahawa menurut CNN, siasatan yang dijalankan oleh kerajaan Arab Saudi menjumpai sesuatu yang sangat  membimbangkan.  

Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN.

Ikuti berita menarik ini seperti yang dilapurkan oleh Malaysiakini bertarikh 28/01/2011
(Klik  di sini   ).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata arahan telah dikeluarkan kepada pihak polis bagi menyiasat dakwaan yang mengaitkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan pengganas antarabangsa.

Dakwanya laporan CNN telah mengaitkan Anwar tetapi Hishamuddin mengakui beliau belum membaca laporan tersebut.

"Ia tidak kena mengena dengan (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Abdul Razak). Ia hanya laporan CNN yang mengaitkannya (Anwar) dengan sebuah pertubuhan pengganas.

"Saya telah mengarahkan unit anti-pengganas dan juga Cawangan Khas dan mereka sedang berhubungan dengan perisikan Saudi untuk mengetahui sejauh mana Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas ini.

"Ini bukan isu politik. Ini isu keselamatan...suka atau tidak, kita mesti menanganinya dengan serius,” kata Hishamuddin.

Bercakap kepada pemberita di Felda Chemplak selepas solat Jumaat, Hishammuddin juga ditanya jika Anwar akan dipanggil untuk siasatan.

"Saya tidak tahu. Awak perlu tanya kepada polis,” jawabnya.

Menurut CNN, ia telah menemui laporan mengenai siasatan rahsia Arab Saudi berhubung aduan oleh Najib kononnya ada tokoh-tokoh diraja negara itu yang membiayai Anwar.

Menurut laporan CNN, siasatan berkenaan mendapati tiada bukti seumpama itu.

Menurut CNN, sebaliknya siasatan yang dijalankan kerajaan Arab Saudi menjumpai "sesuatu yang sangat berbeza - dan lebih membimbangkan".

Mereka menemui ratusan dolar wang Saudi yang telah disalurkan kepada ahli politik Islam yang terkemuka dan aktivis politik luar negeri, kata CNN.

Antara lain, laporan itu mendakwa pergerakan politik Persaudaraan Muslim atau Muslim Brotherhood adalah instrumental membuat pembiayaan seumpama itu “ada kalanya” membekalkan dana kepada kumpulan pengganas yang digeruni, al-Qaeda.

P/S – Takkanlah mereka hanya jumpa ratusan dolar wang Arab Saudi saja kot…nak beli tiket kapal terbang untuk balik ke Malaysiapun tak lepas…Ada yang tak kena di sini..silap-silap haribulan  ‘under declare’ kot?
Kereta besar, rumah besar dan selalu terbang keluar negara...mana dapat duit?  Nampak macam CNN cuba nak perli DS Najib....