Wednesday, March 02, 2011

DULU BOB LOKMAN PERNAH DIUPAH GANGGU CERAMAH PAS - KALI INI PULA BELIAU DAPAT UPAH UNTUK CERAMAH PAS DI DUN KERDAU LAWAN BN PULA.. JADI, SIAPAKAH BOB LOKMAN SEBENARNYA..?



Salam semua…
Pelakon, pengacara dan penulis lirik lagu terkenal yang baru menyertai PAS, Bob Lokman, mengakui pernah diupah untuk mengganggu ceramah PAS pada waktu kempen pilihan raya tetapi kini sudah insaf.
Bob atau nama sebenarnya Muhammad Hakim Lokman, 47, ketika berceramah di majlis minum petang di Desa Murni sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau semalam berkata, beliau mohon maaf atas keterlanjurannya itu.
“Saya akui pernah ganggu ceramah PAS dalam kempen pilihan raya umum 2004 dan 2008 iaitu dengan mengadakan persembahan berdekatan ceramah PAS dan terima upah.
“Tapi itu semua kenangan dulu, sekarang saya sokong parti Islam yang mahu tegakkan hukum Allah. Saya jumpa beberapa pemimpin PAS dan minta maaf,” ujarnya.
Penulis lirik lagu terkenal seperti “Isabela” dan “Pada syurga di wajahmu” itu berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada rancangan Raja Lawak dan menyertai PAS tanpa dipengaruhi sesiapa.
“Barangkali keinsafan itu timbul setelah banyak mendengar kuliah Tuan Guru Nik Aziz. Tapi nampaknya tidak mudah juga apabila meninggalkan dunia glamour itu. Saya dihentam dengan tindakan sendiri.
“Ketika ini barulah saya mula terasa satu cabaran. Kalau tidak hidup saya happy tanpa merasakan sesuatu yang perlu diberi perhitungan,” kata cicit kepada tokoh Islam terkenal tanah air, Tok Kenali itu.
Bob menyertai PAS secara rasmi ketika menyerahkan borang keahlian semasa program Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS di Kedah bulan lalu.
Mengenai pergaulan barunya, Bob kerkata beliau nampak dalam PAS tidak ada protokol sangat.
“Semasa saya bergaul dengan orang Umno dulu, pemimpinnya jangan kata nak duduk di kalangan orang ramai, tempat nak sembahyang pun nak tempat elit... kecualilah bila tiba musim PRK macam ni,” tambahnya disambut gelak ketawa pendengar.
Mengenai masa depannya, Bob berkata beliau kini dalam proses belajar ilmu-ilmu agama dan bercita-cita untuk menjadi pendakwah pada masa depan.
Sebab saya percaya golongan muda mahukan Islam, sebab jiwa mereka mahukan keadilan, kebaikan dan kebebasan. Tetapi mereka tak faham tentang keadilan Islam atau tak diberitahu tentang kebaikan dan kebebasan dalam Islam.”- Harakah.
P/S- Jangan salah anggap, tak semua artis lagu tu…..masih ramai yang ingat daratan.

5 comments:

Anonymous said...

aku nak tgk..brape lama bob buleh bertahan dalam Pas...mari mari kita tengokkk siapa yang kena !!!

Anonymous said...

syukur kepada tuhan atas HidayahNya, Bob Lokman kembali mendekati Islam dan ajaran-ajarannya. Semoga mendapat Rahmat dariNya. Cuma diharapkan Bob Lokman tidak terkeliru mensamakan taraf Islam dengan parti PAS. Untuk kembali kepada Islam, tidak semestinya menyertai parti PAS atau PKR atau UMNO. dalam kubur nanti malaikat tak tanya pun sama ahli PAS atau tidak...

Anonymous said...

BOB BOB...
Alasan kao masuk PAS macam budak 2 jaa.. kalau betul2 insaf... napa masuk parti politik..napa tak mengkaji dari buku2 , dari cerdik pandai islam yg tidak terlibat politik.. apa agenda kao sbnarnya dgn PAS.. kao pun tauka nik aziz pun jual allah pada org kapir..

Anonymous said...

saya org muda..apa yang keadilan ye???..bob jangan hanya pandai ckp tp tidak tahu maksud nya..bob dilahirkan sebagai org islam bukan di lahirkan sebagai org kafir..ingat!!..PARTI PAS islam ker??..adakah bob masuk PAS betul2 di islam kan..seperti saya cakapkan di atas.."kita dilahir sudah sebagai orang yang beragama islam..tak percaya boleh tengak surat beranak kita tengok pada "agama apa"...

Anonymous said...

SALAM ABG bob.. MANUSIA PANDAI MENILAi MUNGKIN ADA sebab nya.. kalau tgk dari usia nik aziz apakah beliau hendak mengejar glamour atau wang ringgit.. teruskan abg bob...
semoga kita jangan mengutuk sesama umat..